Online Job Application UPSI

Forgot password?

Do not have an account?

Create an account

Maklumat Penting

  1. Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun dengan Online Job Application ini (klik di sini untuk PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM PERMOHONAN JAWATAN ONLINE UPSI).
  2. Untuk permohonan jawatan kali ke-2 dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula / mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  3. Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan online ini. Permohonan online yang tidak lengkap akan ditolak.
  4. Bagi permohonan jawatan bukan akademik hendaklah mengambil tindakan berikut:
    • Mencetak CV dan melengkapkan gambar;
    • Melampirkan salinan-salinan keputusan SPM / Sijil / Diploma / Ijazah / Sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan);
    • Menghantar permohonan ke alamat tertulis di bawah;
  5. Bagi permohonan jawatan akademik hendaklah mengambil tindakan berikut
    • Mencetak CV dan melengkapkan gambar;
    • Melampirkan salinan sijil akademik, transkrip dan skrol;
    • Melampirkan salinan-salinan penerbitan;
  6. Pemohon mestilah menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di Berita / Makluman Terkini untuk mengetahui status terkini permohonan misalnya sedang diproses / layak ke ujian tapisan atau saringan / layak ditemuduga / perlu menghantar dokumen permohonan dan sebagainya. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak secara online di ruangan ini.
  7. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara online ini menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
  8. Sila hantarkan permohonan ke:
    • Unit Perjawatan
      Bahagian Sumber Manusia
      Universiti Pendidikan Sultan Idris
      35900 Tanjong Malim, Perak
  9. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 6 bulan dianggap tidak berjaya dalam permohonan tersebut