Online Job Application UPSI

Forgot password?

Do not have an account?

Create an account

Maklumat Penting

  1. Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun dengan Online Job Application ini (klik di sini untuk PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM PERMOHONAN JAWATAN ONLINE UPSI).
  2. Bayaran RM10.00 dikenakan bagi setiap jawatan.
  3. Untuk permohonan jawatan kali ke-2 dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula / mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu menambah jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  4. Permohonan secara dalam talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan dalam talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan ditolak.
  5. Permohonan adalah terbatal sekiranya pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.
  6. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di bahagian Semak Permohonan dalam portal MyJobs atau emel yang didaftarkan dalam MyJobs untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara dalam talian di ruangan tersebut.
  7. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara dalam talian ini menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
  8. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
  9. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.